Happy Birthday to Me...

05 Mac 2011
Selamat menyambut hari lahir yang ke 21 buat diriku. Semoga hari ini menjadi titik tolak kepada perubahan diriku. Begitu banyak pekara dalam hidup aku ini yang masih belum aku selesaikan. Aku masih lagi belum menjadi anak yang soleh, insan yang berguna dan yang penting sekali suami misali. Huhu... Aku harap mulai hari ini, satu perubahan besar (kecik pun boleh la) berlaku pada diriku bukan sahaja pada fizikal namun pada rohani.

Buat sahabat-sahabat ku, aku berjanji tidak akan marah-marah kamu semua lagi, aku akan sedaya upaya untuk menjadi sahabat yang baik. Dah terlalu banyak dosa dan hutang aku pada kamu semua yang tidak mampu lagi aku bayar. Harap segala jasa mu pada ku akan dibalas Allah swt suatu hari nanti.

Buat keluarga tercinta, terima kasih kerana melahirkan dekwan dan mendidik dekwan sehingga berjaya sampai ke menara gading. Akan dekwan balas segala jasa dan budi ibu dan ayah suatu hari nanti.

Buat yang tersayang, harap kamu bahagia selalu tanpa diriku disisi mu, semoga jarak diantara kita ini membawa suatu makna kepada kita. Mungkin ini suatu penyeksaan tetapi setiap yang berlaku itu ada hikmahnye. Apa yang penting saya cinta kamu seumur hidupku walau apa jua halangan. Tidak akan sekali aku akan melupakan dirimu kerana setiap sel darah merah ku telah ku ukir nama mu. Saya amat-amat terharu, dalam berjuta-juta manusia dalam dunia ni, awaklah orang yang pertama ucap selamat kepada saya dan hanya awak yang ingat hari bermakna ini (kecuali my sister (izzati) pukul 10 die dah kol bawak sume dak klas die nyanyi lam fon). Sebagai memeriahkan pagi yang sunyi ni jom sama-sama menyanyikan lagu ni untuk aku...(perasan tul, ade kew plak bleh suruh2.... ah gua peduli ape...)