GPG error fixer!!!

27 Disember 2010
Akhirnya setelah sekian lama mencari dan membaca, jumpa juga satu aplikasi untuk membaiki error atau kerosakan pada repository dimana ia tidak dapat  untuk mengimport kunci GPG seperti dibawah ini.

W: GPG error: http://ppa.launchpad.net lucid Release: The following signatures couldn't be verified because the public key is not available: NO_PUBKEY 5A9BF3BB4E5E17B5
W: GPG error: http://ppa.launchpad.net lucid Release: The following signatures couldn't be verified because the public key is not available: NO_PUBKEY 3B22AB97AF1CDFA9
W: You may want to run apt-get update to correct these problems

Namun semuanya tidak lagi menjadi masalah dengan adanya launchpad-getkey. Untuk pemasangan sila ikut arahan terminal ini:

sudo add-apt-repository ppa:nilarimogard/webupd8
sudo apt-get update
sudo apt-get install launchpad-getkeys

sekarang anda hanya perlu jalankan ini diterminal untuk mendapatkan gpg key yang hilang:

sudo launchpad-getkeys

Sumber Rujukan:
Jom Linux

Synapse

24 Disember 2010
Bagi pengguna Gnome Do kini anda ada pilihan lain iaitu Synapse yang mana fungsinya sama sahaja dengan Gnome Do.
Cara pemasangan, buka terminal dan masukkan ini:

sudo add-apt-repository ppa:synapse-core/ppa
sudo apt-get update && sudo apt-get install synapse

IRC Bersama Terminal

14 Disember 2010
Bagi pengguna ubuntu, mesti tidak asing lagi dengan irc. Cuma membezakan antara pengguna lain adalah sama ada anda aktif atau tidak. Jika anda baru lagi dalam menggunakan irc dan berangan nak jadi macam filem MATRIX, apa kata kita cuba perisian IRSSI dimana anda akan ber irc menggunakan terminal. Sangat seronok apabila terminal anda menggunakan warna font hijau berlatar belakang hitam. Walaupun anda tak tulis apa-apa tapi cukuplah sekadar boleh berangan.

Cara pemasangan dan penggunaan:

sudo apt-get install irssi

Setelah selesai melakukan pemasangan, anda boleh memulakan dengan:

irssi

Sebagai contoh saya ingin masuk kedalam pelayan irc.freenode.net dan saluran ubuntu:

/connect irc.freenode.net
/join #ubuntu

Terdapat juga arahan lain seperti,

/part

untuk keluar dari saluran,

/disconnect

untuk keluar dari pelayan, dan

/quit

untuk keluar dari perisian.

Full Circle Notifier

Kepada semua peminat majalah Full Circle anda tidak perlu gusar lagi apabila terlupa untuk mendapatkan edisi terkini majalah ini. Sekarang dengan adanya Full Circle Notifier ada pasti tidak akan ketinggalan lagi.


sudo add-apt-repository ppa:laurent-parenteau/full-circle-notifier
sudo apt-get update
sudo apt-get install full-circle-notifier

Ermm... bijak sungguh...

13 Disember 2010


Promosi Mac OS percuma

12 Disember 2010
Kepada pembaca-pembaca pokai yang teringin sangat memakai sistem pengendali Mac jangan bersedih kerana disini saya akan berikan anda OS berkenaan secara percuma khas buat pengguna ubuntu.

Apa yang anda perlu lakukan adalah sediakan sebuah laptop yang lengkap dipasangkan sistem pengendali ubuntu. Setelah itu anda buka terminal dan masukkan arahan dibawah ini.

wget https://downloads.sourceforge.net/project/macbuntu/macbuntu-10.10/v2.3/Macbuntu-10.10.tar.gz -O /tmp/Macbuntu-10.10.tar.gz
tar xzvf /tmp/Macbuntu-10.10.tar.gz -C /tmp
cd /tmp/Macbuntu-10.10/
./install.sh

Bagi anda yang rasa terhipokrik pula bila munggunaka tema macam ni anda boleh jalankan arahan yang sama cuma perlu gantikan

./install.sh

kepada

./uninstall.sh

Selamat mencuba!!!


Kluang Man

04 Disember 2010
Comel siot kluang man nih....




Jom tiru...

01 Disember 2010
Kepada yang suke meniru tu terutama Mr. Popo, ni ade cara baru nak tiru selain tanye aku dalam dewan exam... tapi jangan kantoi sudah....




Astaga.... bercium lagi...

Ape la nak jadi ngan korang ni... kalo ye pun tak yah la kat publik... cari la tempat yang tersorok sikit... betina ni pun satu, kalo jantan tu hendsem macam aku takpe gak ko nak melalak pastu ko cium die... anjing kurap blakang rumah aku lagi cun tau... naseb baik buah hati aku bukan spesis macam ko... thanks awak because jaga hubungan kita dengan baik... semoga kita tak jadi macam penghuni neraka ni k...