Reset masa pada Debian secara automatik

14 Julai 2012

Sering kali berlaku apabila masa pada PC atau Laptop anda semakin lambat atau terlalu cepat, manakala anda pula tiada jam untuk reset masa berkenaan atau anda juga tidak memiliki waktu yang tepat untuk dijadikan rujukan. Mudah sahaja, masuk ke terminal sebagai super user.

Masukkan ini dan larikan:
$ aptitude install ntp

Ubah suai fail ini dengan memasukkan server baru yang boleh didapati daripada NTP POOL PROJECT
$ gedit /etc/ntp.conf

Setelah selesai, restart NTP anda:
$ /etc/init.d/ntp restart