Memaparkan catatan dengan label Diriku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diriku. Papar semua catatan

Happy Birthday to Me...

05 Mac 2011
Selamat menyambut hari lahir yang ke 21 buat diriku. Semoga hari ini menjadi titik tolak kepada perubahan diriku. Begitu banyak pekara dalam hidup aku ini yang masih belum aku selesaikan. Aku masih lagi belum menjadi anak yang soleh, insan yang berguna dan yang penting sekali suami misali. Huhu... Aku harap mulai hari ini, satu perubahan besar (kecik pun boleh la) berlaku pada diriku bukan sahaja pada fizikal namun pada rohani.

Buat sahabat-sahabat ku, aku berjanji tidak akan marah-marah kamu semua lagi, aku akan sedaya upaya untuk menjadi sahabat yang baik. Dah terlalu banyak dosa dan hutang aku pada kamu semua yang tidak mampu lagi aku bayar. Harap segala jasa mu pada ku akan dibalas Allah swt suatu hari nanti.

Buat keluarga tercinta, terima kasih kerana melahirkan dekwan dan mendidik dekwan sehingga berjaya sampai ke menara gading. Akan dekwan balas segala jasa dan budi ibu dan ayah suatu hari nanti.

Buat yang tersayang, harap kamu bahagia selalu tanpa diriku disisi mu, semoga jarak diantara kita ini membawa suatu makna kepada kita. Mungkin ini suatu penyeksaan tetapi setiap yang berlaku itu ada hikmahnye. Apa yang penting saya cinta kamu seumur hidupku walau apa jua halangan. Tidak akan sekali aku akan melupakan dirimu kerana setiap sel darah merah ku telah ku ukir nama mu. Saya amat-amat terharu, dalam berjuta-juta manusia dalam dunia ni, awaklah orang yang pertama ucap selamat kepada saya dan hanya awak yang ingat hari bermakna ini (kecuali my sister (izzati) pukul 10 die dah kol bawak sume dak klas die nyanyi lam fon). Sebagai memeriahkan pagi yang sunyi ni jom sama-sama menyanyikan lagu ni untuk aku...(perasan tul, ade kew plak bleh suruh2.... ah gua peduli ape...)

Phylum Chordata

06 November 2010
Kerja kursus biology KMNS 08/09 bersama en Amir Zakaria


Bolarrrr.....

jom main bola.... ingat besar tak tau main bola kew???


Phylum Arthropoda

Kerja kursus biologi KMNS 2008/2009 bersama En Amir Zakaria


Akademi Intepianz

05 November 2010
Sebuah akademi yg erm.... ape ek... cam ngarut jew... hakhakhak..... ni time takde keje la nih buat bende cam gi nih....


Presentation KMK UKM Telekomuting

03 November 2010
Video ini adalah persembahan saya mengenai telekomuting: kesan pada kerja dan amalan pekerjaan


Just for you sayang...

30 Oktober 2010
Nota: Baca ikut turutan dari atas ke bawah... Klik untuk paparan yang lebih besar...

Belaian Jiwa for Alyaa Adiba

24 Oktober 2010


Video best kumpulan kmk ku....

21 Oktober 2010


Tak tau nak cakap pe...



Berjaga malam lagi nok....

30 September 2010
Hahaha hari ni hari yg ke-7 aku berjaga malam n tido siang. Kekonon nye nak duk ala-ala US la nih. Yela malaysia n US kan beze 24jam so biology clock aku tgh ubah. Tapi siyes skang dah tak leh tido malam dah.

Sebenarnya bukan ni aku nak citer, aku nak citer pasai persahabatan. Persahabatan tu susah nak cari. Kalo dah jumpa perlu lah dipelihara dalam apa jua cara. Hehehe... tu jelah cukup ek.... Programming lum siap g....

40,000 lepasan STPM ke IPTA

17 Jun 2010
PUTRAJAYA 17 Jun - Seramai 40,506 daripada 61,228 pemohon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan matrikulasi ditawarkan tempat pengajian di IPTA bagi sesi akademik 2010/2011.
Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata, 56.7 peratus adalah calon sains dan selebihnya calon sastera. - Utusan
Adakah aku dikalangan 40,506 pelajar yang terpilih atau dikalangan 20,722 yang tak terpilih..... Errr.... takutnya....

Berakhir la sudah...

17 April 2010
Puisi

Berakhir la sudah, perjuanganku,
Di kolej Matrikulasi, Kedah kat Changlun,
Wahai kawan-kawan selamatla tinggal,
Jika ada umur yang panjang, kita berjumpa lagi.



Sahabat karib ku semua, selamat berpisah aku ucapkan. Semoga perpisahan ini tidak membawa kepada putusnya hubungan kita. Nanti dalam perjalanan bior ler berhati hati kalo driver ngantuk suruh la berhenti dulu tido.

 Huhuhuhuhu... cedih nyew.... takpat la nak main kutuk-kutuk pas nih... Pasni ni aku balik rumah cakap ngan dinding.... huhuhuhu.... sedih aku weh...




huh sedihnye hati nih.... nak tido pun tak lene... bukan sebab korang ek... sebab bende lain... pejalanan yang panjang nih mengambil masa beberapa jam sampai pinggulku jadi kematu dan urinery blader aku ase nak pecah... sebab asal bas benti aku tido, asal bas jalan aku jaga... memang penat... dari jam 8.30 malam sampai pukul 5.30 pagi....

Satu Hari Lagi....

13 April 2010
Satu hari jew lagi sebelum berakhirnya pengajian ku di kolej Matrikulsai ini. Tinggal kimia kertas satu jer lagi yang belum setel. Walau bagaimanapun kimia kertas dua tadi betul-betul menguji keimanan aku sebab semua soalan generally aku tak dapat jawab.


Haaa.... budak 4 flat tengah tido mati sebab malam tadi die tak tido.... Huh giler nyenyak.... Mesti die boleh jawab semuakan. Aku bukan tak boleh cume malam tadi hati aku tak tenang so emosi terganggu la skit nak jawab tadi. Apa-apa pun kepada semua pelajar matrikulasi selamat berjaya dan selamat enjoy lepas nih.

4 Flat is My Dream...

Jiwa Kacau

23 Mac 2010

"Exam dah dekat, exam dah dekat, exam dah dekat..... Tapi 24 jam online kelas pun tak pergi. Ape nak jadi?"
Maaf saudara kerana mengambil gambar anda. Tapi inilah hakikatnya bagi pelajar-pelajar matrikulasi dalam 4 minggu mendatang ini mereka semua akan menghadapi Peperiksaan Akhir Semester Matrikulasi. Bagi mereka yang seperti brother kat atas tuh mungkin takda harapan la nak berjaya kalo asik ponteng dan online sahaja. Ini kerana sesebuah kejaan itu terletak pada usaha.
Tanpa usaha yang istikomah kejayaan adalah sukar untuk diperolehi. So nasihat hamba pada pelajar-pelajar matrikulasi janganlah contohi sahabat anda diatas, silap haribulan anda pun kene repeat macam die. Hehehehehe... sori terkutuk.... Tapi yang saya nak bawa disini bukanlah kisah mamat takda harapan diatas tu tapi mengenai sifat maaf memaafi dan sikat tolenransi serta sikap jangan nak jaga tepi seluar dalam orang.
Maaf jika ayat ini terkasar sedikit. Tapi inilah hakikat kita sekarang. Kalo bab mengutuk, mencaci, menganjing, mengumpat dan segala "me" yang ada, anda adalah no 1 tapi bile masuk bab mintak maaf kemain susahnye. Please la, kita ni hidup dalam bemasyarakat perlu ade tolenransi dan sifat saling memaafkan antara satu sama lain walaupun kita tidak salah sebab hanya dengan memaafkan sahaja persengketaan akan berakhir.


Selain sifat maaf memafkan dan tolenransi, sifat tidak menjaga tepi seluar dalam orang pun penting. Mengapa saya guna seluar dalam? Hah ini lah yang saya nak bincangkan. Orang kita sekarnag bukan saja busybody malah dah telampau lampau busybody. Yang takde kaitan dalam idup mereka pun diowng nak ambil tahu. Bagi saya tidak perlu anda ambil tahu pasal orang lain kalau-kalau rasa ia tidak perlu dan tidak penting kerana ia bukan sahaja tidak berfaedah tetapi juga merugikan masa anda dan masa depan anda. Adoi takyahlah semua tu tak best pun....

Suatu Permulaan

20 Mac 2010

Disinilah aku bermula.....