Memaparkan catatan dengan label Ubuntu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ubuntu. Papar semua catatan

Memadam sejarah didalam UNITY

28 Ogos 2011
Mudah sahaja, buka terminal dan masukkan arahan ini.
rm ~/.local/share/zeitgeist/activity.sqlite && zeitgeist-daemon --replace
Selamat mencuba.

Doxygen

06 Ogos 2011
Doxygen merupakan sebuah aplikasi yang memudahkan pengaturcara membuat dokumentasi sesebuah perisian. Aplikasi ini memberi pilihan kepada pengaturcara untuk mempersembahkan projek mereka dalam pelbagai format antaranya adalah HTML, Latex dan PDF. Cara untuk memasangnya agak complicated bagi yang tidak biasa menggunakan linux tapi anda boleh mencubanya step by step;
Muat Turun:
Pasang kesemua perisian ini samada menggunakan arahan;
./configure make make check sudo make install
atau anda boleh menggunakan arahan yang telah diberikan dalam setiap pekej perisian yang telah anda muat turun. Setelah semuanya selesai, anda boleh memasang Doxygen dengan arahan;
./configure make sudo make install
Senarai "platform-type" anda boleh perolehi dari folder kod sumber Doxygen yang telah anda muat turun.

PPA Rasmi Miro 4

20 Jun 2011
ppa:pcf/miro-releases

Memasang pekej deb menggunakan terminal

16 Jun 2011
Bagi mereka yang suka menggunakan terminal, ada satu cara untuk memasang pekej deb menggunakan terminal iaitu dengan memasukkan arahan berikut;
sudo dpkg -i <nama pekej>

Cara mengetahui jenis fail di Ubuntu

03 Jun 2011
Kita sering kali berjumpa dengan fail format yang aneh dan tidak biasa kita gunakan. Untuk mendapatkan maklumat fail tersebut anda hanya perlu menaip pada terminal;
file nama_penuh_fail
anda akan dimaklumkan maklumat perisian yang digunakan dan versinya sekali.

Cara melihat maklumat papan induk

07 Februari 2011
Bagi pengguna ubuntu jika anda ingin mengetahui maklumat terperinci papan induk anda, hanya perlukan terminal dan taipkan arahan ini:
sudo dmidecode

GPG error fixer!!!

27 Disember 2010
Akhirnya setelah sekian lama mencari dan membaca, jumpa juga satu aplikasi untuk membaiki error atau kerosakan pada repository dimana ia tidak dapat  untuk mengimport kunci GPG seperti dibawah ini.

W: GPG error: http://ppa.launchpad.net lucid Release: The following signatures couldn't be verified because the public key is not available: NO_PUBKEY 5A9BF3BB4E5E17B5
W: GPG error: http://ppa.launchpad.net lucid Release: The following signatures couldn't be verified because the public key is not available: NO_PUBKEY 3B22AB97AF1CDFA9
W: You may want to run apt-get update to correct these problems

Namun semuanya tidak lagi menjadi masalah dengan adanya launchpad-getkey. Untuk pemasangan sila ikut arahan terminal ini:

sudo add-apt-repository ppa:nilarimogard/webupd8
sudo apt-get update
sudo apt-get install launchpad-getkeys

sekarang anda hanya perlu jalankan ini diterminal untuk mendapatkan gpg key yang hilang:

sudo launchpad-getkeys

Sumber Rujukan:
Jom Linux

Synapse

24 Disember 2010
Bagi pengguna Gnome Do kini anda ada pilihan lain iaitu Synapse yang mana fungsinya sama sahaja dengan Gnome Do.
Cara pemasangan, buka terminal dan masukkan ini:

sudo add-apt-repository ppa:synapse-core/ppa
sudo apt-get update && sudo apt-get install synapse

IRC Bersama Terminal

14 Disember 2010
Bagi pengguna ubuntu, mesti tidak asing lagi dengan irc. Cuma membezakan antara pengguna lain adalah sama ada anda aktif atau tidak. Jika anda baru lagi dalam menggunakan irc dan berangan nak jadi macam filem MATRIX, apa kata kita cuba perisian IRSSI dimana anda akan ber irc menggunakan terminal. Sangat seronok apabila terminal anda menggunakan warna font hijau berlatar belakang hitam. Walaupun anda tak tulis apa-apa tapi cukuplah sekadar boleh berangan.

Cara pemasangan dan penggunaan:

sudo apt-get install irssi

Setelah selesai melakukan pemasangan, anda boleh memulakan dengan:

irssi

Sebagai contoh saya ingin masuk kedalam pelayan irc.freenode.net dan saluran ubuntu:

/connect irc.freenode.net
/join #ubuntu

Terdapat juga arahan lain seperti,

/part

untuk keluar dari saluran,

/disconnect

untuk keluar dari pelayan, dan

/quit

untuk keluar dari perisian.

Promosi Mac OS percuma

12 Disember 2010
Kepada pembaca-pembaca pokai yang teringin sangat memakai sistem pengendali Mac jangan bersedih kerana disini saya akan berikan anda OS berkenaan secara percuma khas buat pengguna ubuntu.

Apa yang anda perlu lakukan adalah sediakan sebuah laptop yang lengkap dipasangkan sistem pengendali ubuntu. Setelah itu anda buka terminal dan masukkan arahan dibawah ini.

wget https://downloads.sourceforge.net/project/macbuntu/macbuntu-10.10/v2.3/Macbuntu-10.10.tar.gz -O /tmp/Macbuntu-10.10.tar.gz
tar xzvf /tmp/Macbuntu-10.10.tar.gz -C /tmp
cd /tmp/Macbuntu-10.10/
./install.sh

Bagi anda yang rasa terhipokrik pula bila munggunaka tema macam ni anda boleh jalankan arahan yang sama cuma perlu gantikan

./install.sh

kepada

./uninstall.sh

Selamat mencuba!!!


lxSplit

28 November 2010
Bagi anda yang sering memuat turun filem atau yang besar, anda tentu sudah biasa dengan fail dengan sambungan *.001, *.002. Bagi pengguna window anda boleh memuat turun perisian HJSplit. Manakala pengguna ubuntu jangan bersedih kerana anda boleh menggunakan perisian lxSplit.

Cara-cara pemasangan sangat mudah. Anda cuma perlu ikut langkah dibawah ini menggunakan terminal:
sudo apt-get install build-essential
wget http://www.freebyte.com/download/lxsplit.tar.gz
tar -xvvzf lxsplit.tar.gz
cd lxsplit-0.1.1
make
sudo make install

Alangkah sedihnya, perisian ini masih belum ada antara muka. Jadi anda perlu gunakan terminal seperti dibawah.

Untuk memecahkan fail kepada 15MB:
lxsplit -s FILENAME.EXT 15M

Manakala untuk menyambung fail:
lxsplit -j FILENAME.EXT.001

Cara untuk reset tema yang rosak

02 November 2010
Kita sering kali menukar theme ubuntu supaya ia kelihatan menarik. Tetapi bagaimana pula jika theme tersebut telah merosakkan paparan anda. Pilihan yang biasa dilakukan adalah dengan memformat. Anda perlu ingat setiap sistem yang berjalan didalam ubuntu adalaf fail. Jadi anda hanya perlu membuang fail berkenaan supaya ubuntu boleh membuat fail asal menggantikan fail yang hilang. Apa yang anda perlu lakukan adalah buka terminal dan masukkan arahan ini.
rm -rf .gnome .gnome2 .gconf .gconfd .metacity

Ubuntu 10.10 Installation process

28 Oktober 2010


Ubuntu Release Schedule

15 Oktober 2010
Bagi sesiapa yang tak tahu ubuntu makan masa yang singkat untu release version terbaru mereka jika nak dibandingkan dengan tingkap.

Menambah dan membuang PPA

09 Oktober 2010
Bagaimanakah cara untuk menambah dan membuang PPA menggunakan terminal. Caranya mudah sekali, cuma buka terminal dan masukkan ini:
sudo add-apt-repository ppa:{nama-repository}/{subdirektori}
contohnya:
sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-daily/ppa
Manakala untuk membuang  PPA pula kita menggunakan arahan ini:
sudo ppa-purge ppa:{nama-repository}/{subdirektori}
contohnya:
sudo ppa-purge ppa:ubuntu-mozilla-daily/ppa

Histwi

08 Ogos 2010

Hitswi adalah perisian kericau yang boleh menguruskan akaun anda dengan mudah.

Antara ciri histwi

  • Boleh memuaturun semua tweet anda kedalam database
  • Lihat atau eksport menciak anda ke html atau txt
  • Ikut atau tidak ikut rakan
  • Bandingkan antara ikutan dan pengikut
  • Mencari pengikut dan bukan pengikut baru
  • Pencari kericau terkini
  • Menguruskan akuan multi-kericau
Pemasangan didalam ubuntu
sudo add-apt-repository ppa:nikolay-blohin/histwi
sudo apt-get update && sudo apt-get install histwi
Untuk pemadaman didalam ubuntu
sudo apt-get autoremove histwi

Zaz

03 Ogos 2010


Zaz adalah sebuah permainan yang menyerupai zuma walau bagainapun ia tidahlah secantik Zuma yang sebenar. Pemain harus mengambil guli dan menyusunnya menjadi urutan melebihi 2 yang sama warna untuk ia meletup, tidak seperti Zuma dimana pemain perlu menenbak guli untuk mendapatkan urutun warna yang sama melebihi tiga.
 
Tambah repositor ini:

ppa:nilarimogard/webupd8

Seterusnya di terminal:

sudo apt-get update && sudo apt-get install zaz
Untuk membuangnya pula:

sudo apt-get autoremove zaz

Miro 3.0.1

11 Mei 2010
Bagi mereka yang gemar menonton video online sudah tentu anda tercari-cari perisian yang boleh membantu anda untuk menambah koleksi video anda. Kini Miro 3.0.1 telah dilepaskan untuk OSX, Windows dan Ubuntu. Bagi penguna ubuntu anda boleh mendapatkan Miro terkini dengan menambah PPA pada sumber perisian anda.

ppa:pcf/miro-releases

Perisian ini boleh menguruskan muaturun YouTube  HD anda dengan lebih baik dan berkesan selain mampu meguruskan muaturun torrent.


Screenshots

The lynx

26 April 2010
Ubuntu: For Desktops, Servers, Netbooks and in the cloud

Besabar la semua menunggu Lucid Lynx....

Ubuntu 10.04 Lucid Lynx

21 Mac 2010
Bagi pemilik distro2 ubuntu 9.10 bersedialah dengan mengaktifkan fungsi naik taraf anda kerana ubuntu 10.04 bakal muncul tidak lama lagi. Dengan pengumuman release alpha dan beta beberapa hari lepas, ini menandakan stable release akan bertemu anda tidak lama lagi.