Teen Wolf Musim 1

11 Jun 2011

Episod 1 [Mediafire]
Episod 2 [Mediafire]

The Adjustment Bureau (2011)



Sebuah cerita yang beterus terang, tanpa perlu ada cerita,mengisahkan seorang bakal senator yang menempuhi hidup yang telah dirancang sepanjang masa bagi memastikan dunia aman dari ancaman president amerika. Hahahaha..... agak keterlaluan dan bayes tuhan diorang sebab hanya pilih bakal presedent amerika je, kenapa tak pilih pemimpin Malaysia tak pon pemimpin pelajar kew. Baru dramatik. Cerita mempunyai unsur ketuhanan yang agak tinggi dimana penulis cuba menggambarkan bagaimana Qada' dan Qadar itu berlaku. Mengikut pemerhatian aku, filem ini ditulis oleh seorang yahudi kerana setiap erm... nak panggil ape entah yang pakai topi tu, hanya menggunakn topi sebagai tool melepasi setiap pintu. Lagi satu, penggunaan simbol salib yang tidak kelihatan langsung dan perkahwinan didalam mahkamah dimana unsur kebanggaan kristian seperti salib dan perkahwinan di gereja. Kalo ade komen dan pendapat, sila2 la.



Bahagian 1 [Medifire]
Bahagian 2 [Medifire]
Bahagian 3 [Medifire]

Hatiku Berdarah Lagi....

10 Jun 2011
Kenapa aku begitu menyayangi gadis ini, tapi dia tidak pernah sedetik pon merasa begitu. Merintih sendiri aku disini, melayan hati yang lara. Pergilah kalau itu pilihan terbaik mu. Tidak akan aku ganggu lagi hidupmu.

Cara mengetahui jenis fail di Ubuntu

03 Jun 2011
Kita sering kali berjumpa dengan fail format yang aneh dan tidak biasa kita gunakan. Untuk mendapatkan maklumat fail tersebut anda hanya perlu menaip pada terminal;
file nama_penuh_fail
anda akan dimaklumkan maklumat perisian yang digunakan dan versinya sekali.

Facebook Oh! Media di godam Indonesia

02 Jun 2011
Lagi-lagi indonesia menggodam Malaysia, bila la permusuhan kedua saudara ini mahu berhenti.

Www Facebook Com Ohmediafm

Perempuan Kurang Hajar

24 April 2011
Inilah contoh manusia yang tidak bertamadun. Die fikir die boleh lepas dari semua kesalahan dengan ugut polis guna kamera. Lepas tu boleh lak nak speaking2.... pergh.... panas tul gua..... memang kurang hajar kau kan.


Mac Vs PC

23 April 2011
Ni lah kalo Mac and PC bile dah jumpe, belum jumpe LINUX lagi mesti diorang kalah.



Hidup didalam kubur

22 April 2011
Seorang lelaki yang saya percaya adalah seorang indonesia telah digali semula kuburnya setelah saudaranya bermimpi bahawa dia masih hidup. Ternyata setelah digali, lelaki itu masih hidup. Berdasarkan dari video ini saya dapat simpulkan beliau adalah seorang lelaki muda lingkungan 20-an dan beragama islam. Subhanallah......



Video ini diberi tajuk "Setelah ditanam ....saudaranya bermimpi bahwa dia masih hidup...Digali kubur nya kembali". Saya masih lagi tidak faham bagaimana perkara boleh terjadi kerana tiada sebarang komen mahupun keterangan diberikan.

Happy Birthday to Me...

05 Mac 2011
Selamat menyambut hari lahir yang ke 21 buat diriku. Semoga hari ini menjadi titik tolak kepada perubahan diriku. Begitu banyak pekara dalam hidup aku ini yang masih belum aku selesaikan. Aku masih lagi belum menjadi anak yang soleh, insan yang berguna dan yang penting sekali suami misali. Huhu... Aku harap mulai hari ini, satu perubahan besar (kecik pun boleh la) berlaku pada diriku bukan sahaja pada fizikal namun pada rohani.

Buat sahabat-sahabat ku, aku berjanji tidak akan marah-marah kamu semua lagi, aku akan sedaya upaya untuk menjadi sahabat yang baik. Dah terlalu banyak dosa dan hutang aku pada kamu semua yang tidak mampu lagi aku bayar. Harap segala jasa mu pada ku akan dibalas Allah swt suatu hari nanti.

Buat keluarga tercinta, terima kasih kerana melahirkan dekwan dan mendidik dekwan sehingga berjaya sampai ke menara gading. Akan dekwan balas segala jasa dan budi ibu dan ayah suatu hari nanti.

Buat yang tersayang, harap kamu bahagia selalu tanpa diriku disisi mu, semoga jarak diantara kita ini membawa suatu makna kepada kita. Mungkin ini suatu penyeksaan tetapi setiap yang berlaku itu ada hikmahnye. Apa yang penting saya cinta kamu seumur hidupku walau apa jua halangan. Tidak akan sekali aku akan melupakan dirimu kerana setiap sel darah merah ku telah ku ukir nama mu. Saya amat-amat terharu, dalam berjuta-juta manusia dalam dunia ni, awaklah orang yang pertama ucap selamat kepada saya dan hanya awak yang ingat hari bermakna ini (kecuali my sister (izzati) pukul 10 die dah kol bawak sume dak klas die nyanyi lam fon). Sebagai memeriahkan pagi yang sunyi ni jom sama-sama menyanyikan lagu ni untuk aku...(perasan tul, ade kew plak bleh suruh2.... ah gua peduli ape...)