Happy Birthday to Me...

05 Mac 2011
Selamat menyambut hari lahir yang ke 21 buat diriku. Semoga hari ini menjadi titik tolak kepada perubahan diriku. Begitu banyak pekara dalam hidup aku ini yang masih belum aku selesaikan. Aku masih lagi belum menjadi anak yang soleh, insan yang berguna dan yang penting sekali suami misali. Huhu... Aku harap mulai hari ini, satu perubahan besar (kecik pun boleh la) berlaku pada diriku bukan sahaja pada fizikal namun pada rohani.

Buat sahabat-sahabat ku, aku berjanji tidak akan marah-marah kamu semua lagi, aku akan sedaya upaya untuk menjadi sahabat yang baik. Dah terlalu banyak dosa dan hutang aku pada kamu semua yang tidak mampu lagi aku bayar. Harap segala jasa mu pada ku akan dibalas Allah swt suatu hari nanti.

Buat keluarga tercinta, terima kasih kerana melahirkan dekwan dan mendidik dekwan sehingga berjaya sampai ke menara gading. Akan dekwan balas segala jasa dan budi ibu dan ayah suatu hari nanti.

Buat yang tersayang, harap kamu bahagia selalu tanpa diriku disisi mu, semoga jarak diantara kita ini membawa suatu makna kepada kita. Mungkin ini suatu penyeksaan tetapi setiap yang berlaku itu ada hikmahnye. Apa yang penting saya cinta kamu seumur hidupku walau apa jua halangan. Tidak akan sekali aku akan melupakan dirimu kerana setiap sel darah merah ku telah ku ukir nama mu. Saya amat-amat terharu, dalam berjuta-juta manusia dalam dunia ni, awaklah orang yang pertama ucap selamat kepada saya dan hanya awak yang ingat hari bermakna ini (kecuali my sister (izzati) pukul 10 die dah kol bawak sume dak klas die nyanyi lam fon). Sebagai memeriahkan pagi yang sunyi ni jom sama-sama menyanyikan lagu ni untuk aku...(perasan tul, ade kew plak bleh suruh2.... ah gua peduli ape...)

Ajar otak berpikiau....

26 Februari 2011

Soal Selidik

22 Februari 2011

Y PPA Manager

07 Februari 2011
Jika sebelum ini anda tercari-cari satu kaedah untuk mengurus PPA anda kini anda tidak perlu risau lagi dengan adanya Y PPA Manager masalah anda bakal selesai. Walaupun ianya simple bagi pengguna expert tapi bagi newbie ianya sangat membantu.
Untuk pemasangan buka terminal dan ikut arahan ini:
sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/y-ppa-manager
sudo apt-get update
sudo apt-get install y-ppa-manager

Video promosi VLC



Menukar ejen pengguna

Pernah atau tidak jika anda melayari internet terutama website kerajaan atau badan NGO, satu peringatan dikeluarkan bahawa pelayar web atau sistem pengendali anda tidak menyokong tapak web yang anda layari. Ini berlaku kerana tapak web itu hanya memaparkan kandungannya pada pelayar web atau sistem pengendali yang spesifik sahaja. CSS yang spesifik untuk memaparkan kandungan tapak web ini dijana melalui maklumat yang diberi oleh ejen pengguna pelayan web anda. Jika anda masih mahu melayari tapak web ini, anda boleh mengubah ejen pengguna anda.

Untuk mengetahui maklumat yang diberikan oleh ejen pengguna anda, anda boleh klik disini. Ini adalah maklumat yang diberikan oleh ejen pengguna pelayar web anda. Untuk menukar maklumat ejen pengguna anda, anda boleh ikut arahan ini.

Cara melihat maklumat papan induk

Bagi pengguna ubuntu jika anda ingin mengetahui maklumat terperinci papan induk anda, hanya perlukan terminal dan taipkan arahan ini:
sudo dmidecode

Huru Hara FM

06 Februari 2011

#include <cassert>

cassert adalah fail pengepala yang berfungsi untuk menamatkan pelakuan apabila memenuhi ungkapan. Sebagai contoh:

#include <iostream>
#include <cassert>

using namespace std;

int main()
{
  double no;

  cout << "sila masukkan sebarang nombor kecuali 5: ";
  cin >> no;
  cout << endl;

  assert(no != 5);

  cout << "No yang anda masukkan adalah: "<< no << endl;

  return 0;
}

Jika anda masukkan nilai 10 sebagai contoh, komputer akan lakukan kod tersebut. Namun jika anda masukkan nilai 5, komputer akan menamatkan pelakuan.