CrossTalk on Aid Raid: Israel Seizes 'Freedom'

03 Jun 2010


Satu video yang patut ditonton oleh semua. Cross talk merupakan perbincangan antara tiga tokoh di tiga tempat yang berbeza membincangkan serangan kapal kemanusian ke Gaza. Di sini kita boleh lihat kelemahan Israel, alasan yang diberi semuanya tidak logik dan tidak rasional.

Malah mereka menggunakan penipuan dengan mengatakan tidak pernah ada sebarang barangan sekatan kepada pelestin, cuma menghadkan bekalan simen kepada pelestin kerana mereka bimbang mereka akan menggunakannya untuk membuat bilik kebal.

Namun ia disangkal penganalisis politik yang juga ahli perbincangan dengan menyebut sejara detail barangan keperluan asas penduduk pelestin seperti kopi yang dilarang dibawa masuk kedalam palestin. Yang peliknya kenapa spegeti pula yang dibenarkan dibawa masuk walhal itu bukan makanan asasi rakyat palestin.

Apabila ditanya pula mengenai mengapa kanak2 dan wanita diserang dan dibunuh di palestin, wakil israel menjawab kerana ibubapa mereka menyokong pengganas (HAMAS). Adakah itu satu tindakan yang rasional daripada israel?

Israel dah terkenal dengan penipu dan kaki putar belit, mereka cuba memutar belit fakta bagi menunjukkan mereka adalah mangsa keganasan puak hamas. Bayang diri kita dikurung tanpa diberi makan dan minum, adakah kita kan duduk diam dan merelakannya. Pasti kita juga akan melawan dan sudah tentu orang yang mengurung kita adalah sasarannya.

Mengikut pemerhatian saya wakil israel ini tidah lah sekuat mana. Lemah kesemua hujahnya.

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=G81256_g7ks

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi ulasan...