Sekitar Minggu Pengurusan Pelajar Kolej Ungku Omar UKM

12 Julai 2010
Tanggal  4 julai 2010 secara rasminya aku telah mendaftar sebagai pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia di Kolej Ungku Omar. Selama seminggu aku diseksa pada Minggu Menyeksa Pelajar (MMP). Huhuhu penat... Disini aku sediakan beberapa gambar suasana minggu MMP.


Ini adalah suasana semasa malam pertandingan debat antara kolej di dewan DECTAR.


Ini pula barisan Pemudah Cara (PC) yang bersungguh sungguh menjaya MMP ini. Err.... kesian aku tengok dia orang ni. Atas kerusi pun lena tidur.


Antara aktiviti petang adalah persediaan tempat bagi majlis makan malam bersama pengetua kolej kediaman, Kepten Dr. Samsu Adabi Mamat. Sepanjang majlis makan malam dihiasi dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian yang disampaikan oleh pengetua, penolong pengetua,  wakil PMUKM, YDP dan wakil pelajar baru.


Semua pelajar terhibur dengan persembahan pada malam itu, lebih lebih lagi nyanyi dari penolong pengetua. huhuhu... no komen... Faham faham sendiri je la ye. So bermula hari isnin tiada lagi PC nak jerit jerit dan dah boleh hidup bebas. Huhuhu... syok nyer....

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi ulasan...