IRC Bersama Terminal

14 Disember 2010
Bagi pengguna ubuntu, mesti tidak asing lagi dengan irc. Cuma membezakan antara pengguna lain adalah sama ada anda aktif atau tidak. Jika anda baru lagi dalam menggunakan irc dan berangan nak jadi macam filem MATRIX, apa kata kita cuba perisian IRSSI dimana anda akan ber irc menggunakan terminal. Sangat seronok apabila terminal anda menggunakan warna font hijau berlatar belakang hitam. Walaupun anda tak tulis apa-apa tapi cukuplah sekadar boleh berangan.

Cara pemasangan dan penggunaan:

sudo apt-get install irssi

Setelah selesai melakukan pemasangan, anda boleh memulakan dengan:

irssi

Sebagai contoh saya ingin masuk kedalam pelayan irc.freenode.net dan saluran ubuntu:

/connect irc.freenode.net
/join #ubuntu

Terdapat juga arahan lain seperti,

/part

untuk keluar dari saluran,

/disconnect

untuk keluar dari pelayan, dan

/quit

untuk keluar dari perisian.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi ulasan...