Pengenalan CSS

08 Januari 2011
CSS iaitu akronim untuk Cascading Style Sheet adalah sebauh fail yang dibina untuk mereka letak laman web secara mudah dan teratur. CSS dalam bahasa melayunya adalah Gaya Hamparan Melata, membolehkan pengaturcara memformat laman web mereka secara berasingan. Ianya berguna apabila ingin membangunkan sebuah laman web yang besar. Sebagai contoh, anda mahu tulisan <h1> berwarna merah dan bold. Bayangkan anda memiliki sebuah laman web yang memiliki 1000 arahan <h1>. Bayangkan pula anda memiliki lebih dari 10 muka web, sudah tentu ia akan memakan masa yang lama dan skrip yang menjela ingin menulis seperti ini:

<h1><font color="red"><b>Saya mahu belajar CSS</b></font></h1>

Sudah tentu ia sangat meletihkan. Apa kata jika skrip ini dipendek kepada:

<h1>Saya mahu belajar CSS</h1>

dan sambungkan pula dengan fail gaya.css yang memiliki skrip begini:

h1
{
    color: red;
    font-weight: bold;
}

Bayangkan anda hanya menggukan <h1> tetapi semua cirinya akan disetkan secara lalai. Bagus bukan?

Rujukan:

Ab Rashid, Iskandar and Zaitun Ismail. Memformat Laman Web XHTML Menggunakan CSS. Kuala Lumpur: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd., 2002.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi ulasan...