Menukar ejen pengguna

07 Februari 2011
Pernah atau tidak jika anda melayari internet terutama website kerajaan atau badan NGO, satu peringatan dikeluarkan bahawa pelayar web atau sistem pengendali anda tidak menyokong tapak web yang anda layari. Ini berlaku kerana tapak web itu hanya memaparkan kandungannya pada pelayar web atau sistem pengendali yang spesifik sahaja. CSS yang spesifik untuk memaparkan kandungan tapak web ini dijana melalui maklumat yang diberi oleh ejen pengguna pelayan web anda. Jika anda masih mahu melayari tapak web ini, anda boleh mengubah ejen pengguna anda.

Untuk mengetahui maklumat yang diberikan oleh ejen pengguna anda, anda boleh klik disini. Ini adalah maklumat yang diberikan oleh ejen pengguna pelayar web anda. Untuk menukar maklumat ejen pengguna anda, anda boleh ikut arahan ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi ulasan...