Sketsa : Pada 28 April , 2012

02 Mei 2012
Pada 28 April , 2012 .. Seorang anggota polis telah ditugaskan untuk menjaga perhimpunan bersih dengan penuh rasa tanggungjawab , beliau yang sepatutnya bercuti rela membatalkan cutinya untuk menjaga keamanan sejagat.

adik : mama, mama masak nasi ayam, sedapnya.. perut lapar sgt nie .. ni mesti ayah yang suruh masak kan?

mama : iye, ayah kamu yang suruh masak, dia kata dia teringin sangat nak makan..

adik: yelakan, hari ni ayah cuti , kebetulan pulak hari jadi ayah , adik ada beli something untuk ayah ... mama, mana ayah?

mama : ayah kamu tak dapat cuti, dia dipanggil untuk bantu menjaga perhimpunan bersih kt dataran tu.. nnti ayah balik bagi la hadiah tu kt dia yea. nah makan dulu yea..

adik: tak pe la mak .. mak simpan la nasi ayam ni, kita tunggu ayah balik, adik nak makan dengan ayah..

mama : eh , tdi kata lapa .. xpe la , mama ade simpan sikit untuk ayah .. meh makan yea..

adik : adik xde selera plak mama , kita makan sedap-sedap tapi ayah kepanasan menjaga perhimpunan tu.. mama makan je dulu , xpe adik boleh tunggu ayah balik..

mama : kita tunggu sama-sama yea .. dah pergi buat kerja sekolah tu , nnti ayah balik kita boleh makan sama-sama..

( Didalam Sudut Hati Si Isteri dan Si Anak )

Mama : " Bagaimana keadaan suamiku di sana ye ? dah makan ke belum dia tu . Ya Allah , Ya Tuhanku , engkau lindungilah suamiku yang sedang menjalankan tugas di perhimpunan Bersih itu . amin "

Adik : " aku sanggung menahan perut ni dari aku makan nasi ayam kegemaran ayah itu .. tak kan la aku sedap2 nak makan sedangkan ayah aku berpanasan untuk menjaga perhimpunan bersih itu.. Ya Allah , aku mohon kepada mu untuk melindungi ayahku menjalankan tugasnya untuk menjaga keamanan himpunan itu Ya Allah . Selesaikanlah dengan segera tugasnya supaya kami dapat makan bersama keluarga dan aku dapat memberi hadiah ini kepada ayahku .. amin .. Ayah aku adalah hero aku dan aku akan jadi polis bila aku dewasa nanti untuk menyambung tugas ayahku dan menjaga keamanan negara ini "

===================================

*mesti sedih anak-anak anggota polis ni kalau mereka melihat gambar ni :'(


Credit: Sketsa : Pada 28 April , 2012 

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi ulasan...