Bagaiman Untuk Memformat Window XP

26 April 2010
Kepada hadirin yang biasa menggunakan XP tentu sudah biasa berhadapan dengan masalah kronik dengan komputer anda dimana jalan penyelesaiannya hanyalah dengan memformat komputer anda. Tapi cube bayangkan untuk memformat sebuah komputer kosnya antara RM35 hingga RM50 sebuah, bagaimana pula anda memiliki 5 hingga 50 buah komputer untuk di format? Tentu poket anda akan kosong bukan? Disini saya berkongsi cara untuk anda memformat komputer anda dengan sistem operasi Windows XP.

Langkah 1:



Anda perlu menghidupkan komputer anda terlebih dahulu jika komputer anda tiada halangan untuk dihidupkan.

Langkah 2:


Masukkan DVD atau CD windows XP kedalam pemain cakera anda. Tunggu sehingga paparan diatas muncul. Disitu anda boleh melihat lima pilihan dan anda boleh mencuba semua pilihan itu sendiri. Sepekara yang sering menjadi isu adalah dimana boleh kita dapatkan Windows XP. Jawapannya, kedai komputer la, hahaha, dekedai komputer anda boleh memperolehi XP original dengan harga antara RM200 hingga RM500.


Tetapi jika anda tidak mampu anda boleh pergi ke kedai perisian komputer cetak rompak dengan harga RM8 hingga RM20 sahaja. Tetapi risiko untuk diberkas pihak berkuasa adalah atas tanggungjawab sendiri. Jika tidak mahu risiko diberkas anda boleh muaturun percuma sahaja namun masih ada risiko virus atau worm pada documen yang dimuaturun terdebut. Apapun pilihan anda yang penting anda ada perisian XP tersebut.

Langkah 3:


Apa yang anda perlu lakukan hanyalah klik tutup dan restart komputer anda.

Langkah 4:


Setelah komputer anda reboot, tunggu sehingga keluar paparan seperti diatas dan tekan enter.


Langkah 5:


Sebaik sahaja paparan ini muncul, perhatikan setiap pilihan kerja yang diberi. Pertama sekali kita akan mencuba bagaimana untuk memadam partition. Anda hanya perlu menekan kekunci "D" untuk padam.

Langkah 6:


Anda akan ditanya untuk mengesahkan arahan anda. Anda hanya perlu tekan enter.

Langkah 7:


Anda akan ditanya sekali lagi, kali ini anda hanya perlu tekan kekunci "L".

Langkah 8:


Untuk membuat partition, anda perlu menekan keknci "C".


Setelah anda menetapkan saiz partition anda, anda perlu menekan enter.

Langkah 9:


Seterusnya anda bolehlah memasang sistem operasi anda dengan menekan enter.

Langkah 10:


Anda akan ditanya apakah format yang perlu anda guna, untuk XP saya sarankan pilihan yang ketiga dan anda perlu menekan enter untuk memilihnya.

Langkah 11:



Tunggu kedua paparan seperti diatas berlalu, pada saat ini pastikan anda tidak mematikan komputer anda untuk mengelakkan kerosakan pada pemasangan XP.

Langkah 12:


Tetapkan nama dan organisasi anda.Tekan next.


Tetapkan nama komputer, kata laluan admin anda, tekan next.


Tetapkan hari, masa san zone masa anda, tekan next.



 Apabila tetingkap ini keluar, tekan OK.

Langkah 13:








Akhir sekali anda perlu menetapkan XP anda, berpandukan soalan-soalan yang diajukan seperti paparan diatas. Anda perlulah bijak menetapkan XP anda berdasarkan sumber sistem operasi anda. Ini kerana jika anda aktifkan kemaskini automatik pada sistem cetak rompak, windows akan mengesan validiti XP anda. Jadi anda perlulah sedikit berwaspada. Setelah semuanya selesai, anda perlu memasang semua driver komputer anda dan anda boleh menikmati Windows XP hasil kerja anda sendiri.

The lynx

Ubuntu: For Desktops, Servers, Netbooks and in the cloud

Besabar la semua menunggu Lucid Lynx....

Berakhir la sudah...

17 April 2010
Puisi

Berakhir la sudah, perjuanganku,
Di kolej Matrikulasi, Kedah kat Changlun,
Wahai kawan-kawan selamatla tinggal,
Jika ada umur yang panjang, kita berjumpa lagi.



Sahabat karib ku semua, selamat berpisah aku ucapkan. Semoga perpisahan ini tidak membawa kepada putusnya hubungan kita. Nanti dalam perjalanan bior ler berhati hati kalo driver ngantuk suruh la berhenti dulu tido.

 Huhuhuhuhu... cedih nyew.... takpat la nak main kutuk-kutuk pas nih... Pasni ni aku balik rumah cakap ngan dinding.... huhuhuhu.... sedih aku weh...




huh sedihnye hati nih.... nak tido pun tak lene... bukan sebab korang ek... sebab bende lain... pejalanan yang panjang nih mengambil masa beberapa jam sampai pinggulku jadi kematu dan urinery blader aku ase nak pecah... sebab asal bas benti aku tido, asal bas jalan aku jaga... memang penat... dari jam 8.30 malam sampai pukul 5.30 pagi....

Satu Hari Lagi....

13 April 2010
Satu hari jew lagi sebelum berakhirnya pengajian ku di kolej Matrikulsai ini. Tinggal kimia kertas satu jer lagi yang belum setel. Walau bagaimanapun kimia kertas dua tadi betul-betul menguji keimanan aku sebab semua soalan generally aku tak dapat jawab.


Haaa.... budak 4 flat tengah tido mati sebab malam tadi die tak tido.... Huh giler nyenyak.... Mesti die boleh jawab semuakan. Aku bukan tak boleh cume malam tadi hati aku tak tenang so emosi terganggu la skit nak jawab tadi. Apa-apa pun kepada semua pelajar matrikulasi selamat berjaya dan selamat enjoy lepas nih.

4 Flat is My Dream...