Bagaiman Untuk Memformat Window XP

26 April 2010
Kepada hadirin yang biasa menggunakan XP tentu sudah biasa berhadapan dengan masalah kronik dengan komputer anda dimana jalan penyelesaiannya hanyalah dengan memformat komputer anda. Tapi cube bayangkan untuk memformat sebuah komputer kosnya antara RM35 hingga RM50 sebuah, bagaimana pula anda memiliki 5 hingga 50 buah komputer untuk di format? Tentu poket anda akan kosong bukan? Disini saya berkongsi cara untuk anda memformat komputer anda dengan sistem operasi Windows XP.

Langkah 1:



Anda perlu menghidupkan komputer anda terlebih dahulu jika komputer anda tiada halangan untuk dihidupkan.

Langkah 2:


Masukkan DVD atau CD windows XP kedalam pemain cakera anda. Tunggu sehingga paparan diatas muncul. Disitu anda boleh melihat lima pilihan dan anda boleh mencuba semua pilihan itu sendiri. Sepekara yang sering menjadi isu adalah dimana boleh kita dapatkan Windows XP. Jawapannya, kedai komputer la, hahaha, dekedai komputer anda boleh memperolehi XP original dengan harga antara RM200 hingga RM500.


Tetapi jika anda tidak mampu anda boleh pergi ke kedai perisian komputer cetak rompak dengan harga RM8 hingga RM20 sahaja. Tetapi risiko untuk diberkas pihak berkuasa adalah atas tanggungjawab sendiri. Jika tidak mahu risiko diberkas anda boleh muaturun percuma sahaja namun masih ada risiko virus atau worm pada documen yang dimuaturun terdebut. Apapun pilihan anda yang penting anda ada perisian XP tersebut.

Langkah 3:


Apa yang anda perlu lakukan hanyalah klik tutup dan restart komputer anda.

Langkah 4:


Setelah komputer anda reboot, tunggu sehingga keluar paparan seperti diatas dan tekan enter.


Langkah 5:


Sebaik sahaja paparan ini muncul, perhatikan setiap pilihan kerja yang diberi. Pertama sekali kita akan mencuba bagaimana untuk memadam partition. Anda hanya perlu menekan kekunci "D" untuk padam.

Langkah 6:


Anda akan ditanya untuk mengesahkan arahan anda. Anda hanya perlu tekan enter.

Langkah 7:


Anda akan ditanya sekali lagi, kali ini anda hanya perlu tekan kekunci "L".

Langkah 8:


Untuk membuat partition, anda perlu menekan keknci "C".


Setelah anda menetapkan saiz partition anda, anda perlu menekan enter.

Langkah 9:


Seterusnya anda bolehlah memasang sistem operasi anda dengan menekan enter.

Langkah 10:


Anda akan ditanya apakah format yang perlu anda guna, untuk XP saya sarankan pilihan yang ketiga dan anda perlu menekan enter untuk memilihnya.

Langkah 11:



Tunggu kedua paparan seperti diatas berlalu, pada saat ini pastikan anda tidak mematikan komputer anda untuk mengelakkan kerosakan pada pemasangan XP.

Langkah 12:


Tetapkan nama dan organisasi anda.Tekan next.


Tetapkan nama komputer, kata laluan admin anda, tekan next.


Tetapkan hari, masa san zone masa anda, tekan next.



 Apabila tetingkap ini keluar, tekan OK.

Langkah 13:








Akhir sekali anda perlu menetapkan XP anda, berpandukan soalan-soalan yang diajukan seperti paparan diatas. Anda perlulah bijak menetapkan XP anda berdasarkan sumber sistem operasi anda. Ini kerana jika anda aktifkan kemaskini automatik pada sistem cetak rompak, windows akan mengesan validiti XP anda. Jadi anda perlulah sedikit berwaspada. Setelah semuanya selesai, anda perlu memasang semua driver komputer anda dan anda boleh menikmati Windows XP hasil kerja anda sendiri.

2 comments:

  1. Naisophon Y berkata...:

    Benda ni boleh buat pakai pendrive ke? Aku nak install kat netbook laa

  1. Dek Wan berkata...:

    Boleh... cube check out http://www.tomshardware.com/forum/53882-35-format-netbook-drive

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi ulasan...