Chatting Facebook pada pidgin

08 Mei 2010
Siapa yang tidak suka berbual, sama ada secara lisan, isyarat dan juga maya. Semua orang akan berkomunikasi antara satu sama lain. Selepas kita diperkenalkan dengan Facebook dan Pidgin, dua jenis medium komunikasi maya, muncul pula idea untuk menggabungkan kedua-duanya. Siapa punya idea saya tidak tahu tetapi anda boleh menggabungkan kedua-duanya menjadi satu dimana anda hanya menggunakan pidgin sebagai pelayan Facebook IM.

Langkah 1:


Muat turun plugin Pidgin ini di sini.


Pilih mengikut jenis sistem operasi anda.

Langkah 2:

Pasang plugin ini, tetapi terlebih dahulu pastikan anda telah memasang perisian Pidgin pada komputer anda.



Untuk contoh ini saya mengunakan sistem operasi ubuntu, jika anda menggunakan Windows cara pemasangannya adalah sama seperti perisian lain, tidak memerlukan sebarang seting.

Langkah 3:

Sekarang anda boleh menggunakannya, cuma pilih protokol Facebook dan anda isi semua kekotak yang diberi.


Sekarang anda bolehlah chatting melalui Pidgin tanpa perlu membuka pelayar web untuk membuka facebook.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi ulasan...