Myfriends2u.com

16 Mei 2010

Sebuah laman sosial baru telah dilancarkan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan, beliau menyifatkan kewujudan laman berkenaan selaras dengan perkembangan pantas Internet yang memerlukan penyampaian berita dengan cepat dan terkini selain itu laman berkenaan juga akan menjadi platform atas talian bagi golongan belia untuk bertukar idea, menjengah peluang pekerjaan dan membina perniagaan sendiri.

Pada asasnya laman sosial ini bertemakan biru cair, dan berwajah seakan-akan Facebook. Jadi kalau dah mirip apa yang membezakannya? Apa yang saya lihat disini, laman sosial ini memiliki ciri-ciri perniagaan kerana memiliki ruang store untuk mempromosikan product anda. Selain itu laman ini menyediakan carian profile, pages, album, blog, job, group, even, forum, polls, product dan video. Selain itu ruang mencari peluang pekerjaan juga disediakan, mungkin bagi memudahkan belia-belia malas dan mengganggur untuk menambah pendapatan kerana buat masa sekarang saya hanya terlihat disitu pekerja berkonsepkan orang tipu orang (OTO). Tak kisahlah asal dia orang dapat duit.

Apa yang menariknya disini, walaupun ia dikelola oleh rakyat tempatan tetapi hanya menyediakan bahasa inggeris sebagai pengantar. Mungkin Bahasa Melayu tidak cukup power untuk mempromosi laman ini. Takpe saya boleh tolong promosi dalam Melayu campur Inggeris. Harap bahasa melayu bakal diperkenalkan pada masa kelak. Selain itu, apa yang bagus mengenai laman ini, sejurus sahaja anda daftar, anda akan diberi percuma 3 sahabat. saya tak tau mereka ini muncul secara random ataupun mereka bertiga adalah pencipta laman ini.

Setelah saya amati dan cuba beberapa fungsi, mungkin pembangun laman ini ingin menjadikan laman ini sebagai laman sosial yang serba lengkap dimana selain bersosial anda boleh mencari kerja malah anda boleh membeli belah seperti di eBay. Diharapkan mutu product yang dijual boleh dikawal kerana ini boleh menjejaskan nama baik laman ini.

Sudah menjadi semestinya sesebuah laman sosial tidak akan lengkap tanpa perisian dan permainannya. Saya tidak sempat untuk mencuba perisian dan permainan tersebut mungkin anda boleh mencubanya sendiri. Tidak ketinggallan juga fungsi chatting juga disediakan. Mungkin saya boleh cadangkan disini untuk mencipta plugin chat laman ini untuk perisian Pidgin dan diftar dibawah lisen GPL. Mungkin ini akan menarik minat mereka didalam bidang sumber terbuka untuk berurusan di Myfriends2u.com ini kerana sumber terbuka juga sedang berkembang pesat di dunia malah di malaysia.

Jadi sesiapa yang berminat untuk mencuba sendiri pengalaman mengukanakan Myfriends2u.com boleh mencubanya disini http://www.myfriends2u.com/

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi ulasan...