Mayat Pegawai Kadet Kolej Tentera Udara Ditemui

14 Mei 2010


JITRA, 11 Mei (Bernama) -- Mayat Pegawai Kadet Kolej Tentera Udara (KTU) akibat lemas semasa menjalani latihan River Crossing di Tasik Paya Pahlawan, Mukim Binjal, dekat sini telah ditemui malam Selasa.

Ahmad Nordinnie Yunus, 19, ditemui pada pukul 8.12 malam tadi oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) TUDM.

Mayat pelatih itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Pegawai Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mej Kamarulzaman Ali dalam kenyataan media berkata ketika kejadian Ahmad Nordinnie sedang menjalani latihan di bawah pengawasan jurulatih-jurulatih Pusat Latihan Pegawai Kadet (PLP), KTU, Kepala Batas.

Semasa latihan sedang berjalan, Allahyarham dipercayai menghadapi masalah menyebabkan beliau tidak dapat mengapungkan diri.

"Jurulatih-jurulatih yang menyedari menghadapi masalah, telah bertindak dengan segera untuk membantu tetapi tidak berhasil kerana kejadian berkenaan berlaku dengan pantas," katanya.

Kamarulzaman berkata jenazah Allahyarham dijangka tiba di Pangkalan Udara Subang pada pukul 10 pagi esok dengan pesawat CH130 TUDM sebelum dibawa pulang ke pangkuan keluarganya di Ladang RISDA Inas, Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk dikebumikan.

Allahyarham berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan adalah anak keempat daripada enam adik beradik, sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Pegawai KTU, dalam tahun pertama kelas Diploma 2012 sejak 8 Jun tahun lepas dan dijangka tamat latihan pada Jun 2012.

Sementara itu, Panglima Tentera Udara Datuk Seri Rodzali Daud turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Nordinnie dan bersimpati dengan kejadian yang menimpa Allahyarham.

Satu Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian itu.

-- BERNAMA

 Perginya seorang sahabat

Ahmad Nordinnie Bin Yunus merupakan bekas pelajar Matrikulasi Negeri Sembilan merupakan seorang yang periang dan aktif. Beliau merupakan ahli praktikum H7P4 KMNS sesi 08/09. Kehadiran Dini atau nama jolokannya Pisang merupakan satu kebahagiaan kepada setiap ahli H7P4. Beliau sangat menggemari buah pisang, buah pisang menjadi sarapan pagi setiap kali sebelum masuk kelas pagi, tu pun kalau masuk kelas.

 Dini

Hehehehe.... dini banyak kenangan kitakan... jom kita cerita dari mula nak??? Mula-mula kita berkenalan adalah pada hari kedua kita masuk kuliah iaitu kuliah erm... tak ingat... hehehe.... kita adalah antara skima2 penyapu baru yang sangat rajin datang kuliah, dudukpun depan sekali.

Tapi tu tak lame. Selepas berkenalan dengan pokjak durjana nih kita mula berubah. Dari duduk depan jadi duduk belakang. Belajar pun semakin malas. Hehehe biasa la tu. Kita memang rajin tak datang kelas terutama kuliah. Kalo ade besor, dini, dan pokjak asume sume dah datang....

Pok Jak

Hai doktor pokjak, hehehe... ni la abang kita orang masa di KMNS. Hensem kan? Ramai peminat die nih, owg giler tepi jalan kalo nampak die mmg betambah gile jadinya.

Pengarah project photosynthesis KMNS

Kenangan mmg banyak waktu nih, terutama mase nak buat projek biology bersama pesyarah kegemaran kami. Kami bertiga sanggup berjaga dua tiga hari untuk menyiapkan semua tugas. Kami bertiga juga merupakan ahli persatuan silat dan bertanggung jawab menjayakan persembahan silat sempena KAKOM 2009. Keakraban bukan sahaja tinggal setakat rakan sekelas, malah rakan sekerja, rakan seponteng, rakan seouting, rakan selapar, rakan sekenyang, dan banyak lagi la.




Rindu kat ko dini... banyak aku nak cite tapi otak aku jadi celaru bila teringatkan ko. Takpa lah nanti hati aku dah ok aku sambung lagi. Bagi sesiapa yang nak kenal siapa itu keluarga H7P4 KMNS 0809 aku sediakan gambar disini.





































Dinie ktowg sume keluarga ko, kitowg sume sayang ko sampai akhir hayat... semoga ko aman disana....

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana memberi ulasan...